Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Format Analisa Sistem ePelaporan

Pihak Jurulatih Utama telah mengedarkan Format Analisa bagi membantu sekolah untuk menyediakan analisa bagi Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk kegunaan Sekolah dan PPD. Sila klik Tapak Analisa untuk muat turun.

Laman Bantuan Teknikal untuk Sistem ePelaporan Program j-QAF

Pihak Jurulatih Utama memohon maaf atas ralat yang wujud pada Sistem ePelaporan pada tahun ini. Disebabkan kesuntukan masa, sistem yang dimurnikan tidak dapat diedarkan. Oleh itu pihak pembina sistem telah mewujudkan laman Bantuan Teknikal untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara teknikal berkenaan sistem secara berkala. Sebarang cadangan dan pertanyaan sila klik pada Borang Pertanyaan  yang disediakan pada ruangan Hubungi Kami.

Makluman Terkini: Pengisian Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk Kutipan Oktober 2015

Imej
Untuk Perhatian semua Penyelaras Data Sekolah (Aliran Perdana dan Pendidikan Khas) 1. SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF a.Sistem ePelaporan Program j-QAF akan mengekalkan sistem versi yang digunakan di peringkat sekolah untuk kutipan Jun 2015 iaitu versi Patch_JUN05. b.Sekiranya penyelaras data tidak mempunyai Sistem e-Pelaporan dan patch sistem terbaharu, ia boleh dimuat turun dari Blog http://epelaporanbpi.blogspot.my/ bahagian Muat Turun . c.Kutipan Data e-Pelaporan Program j-QAF menggunakan data yang dikumpul dari data kutipan Jun 2015. Penyelaras Data Sekolah perlu menukar bulan Kutipan dari Jun ke Oktober sebelum mengisi Data bulan Oktober. d.Untuk kutipan data bulan Oktober, semua model perlu diisi kecuali model PAFA. e.Sila membuat semakan kepada Maklumat Guru agar ia adalah maklumat terkini terutama Opsyen Guru. 2. PENGUMPULAN DAN PENGABUNGAN DATA OKTOBER 2015     a.Penyelaras Data Sekolah dan Jurulatih Daerah perlu mengasingkan data