Makluman Terkini: Pengisian Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk Kutipan Oktober 2015

Untuk Perhatian semua Penyelaras Data Sekolah (Aliran Perdana dan Pendidikan Khas)

1.SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

a.Sistem ePelaporan Program j-QAF akan mengekalkan sistem versi yang digunakan di peringkat sekolah untuk kutipan Jun 2015 iaitu versi Patch_JUN05.




b.Sekiranya penyelaras data tidak mempunyai Sistem e-Pelaporan dan patch sistem terbaharu, ia boleh dimuat turun dari Blog http://epelaporanbpi.blogspot.my/ bahagian Muat Turun.

c.Kutipan Data e-Pelaporan Program j-QAF menggunakan data yang dikumpul dari data kutipan Jun 2015. Penyelaras Data Sekolah perlu menukar bulan Kutipan dari Jun ke Oktober sebelum mengisi Data bulan Oktober.

d.Untuk kutipan data bulan Oktober, semua model perlu diisi kecuali model PAFA.

e.Sila membuat semakan kepada Maklumat Guru agar ia adalah maklumat terkini terutama Opsyen Guru.

2.PENGUMPULAN DAN PENGABUNGAN DATA OKTOBER 2015    

a.Penyelaras Data Sekolah dan Jurulatih Daerah perlu mengasingkan data murid Perdana dan murid Pendidikan Khas (Kelas PPKI dan SKPK) sewaktu pengumpulan data dari peringkat sekolah dan daerah.

b.Data Pendidikan Khas akan diserahkan kepada Jurulatih Utama Pendidikan Khas di peringkat Kebangsaan.

3.BAHAN BANTUAN TEKNIKAL BERKENAAN SISTEM ePELAPORAN TERKINI    

a.Kepada semua pengguna sistem boleh mendapatkan Manual Pengguna Sistem yang terkini di ruangan Muat Turun,  selain boleh mendapatkan bantuan di ruangan Bantuan Teknikal.


Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Jurulatih Daerah masing-masing.

Makluman dari
JUK ePEPLAPORAN PROGRAM j-QAF

Ulasan

  1. RALAT PADA STATUS PEMULIHAN OKTOBER 2015. MEMANG TAK ADA RUANGAN UNTUK STATUS PEMULIHAN OKTOBER. JUN ADA AAAAA.

    BalasPadam
  2. Mengarut sistem ni...setiap kali isi macam haram...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Panduan Pengisian Model Khatam

Kaedah Mencetak Sijil Pada Sistem e-Pelaporan Program jQAF