Makluman Terkini: Pengisian Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk Kutipan Oktober 2015
Untuk Perhatian semua Penyelaras Data Sekolah (Aliran Perdana dan Pendidikan Khas)
1.SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
a.Sistem ePelaporan Program
j-QAF akan mengekalkan sistem versi yang digunakan di peringkat sekolah untuk
kutipan Jun 2015 iaitu versi Patch_JUN05.
b.Sekiranya penyelaras data tidak mempunyai Sistem e-Pelaporan dan patch sistem terbaharu, ia boleh dimuat turun dari Blog http://epelaporanbpi.blogspot.my/ bahagian Muat Turun.
c.Kutipan Data e-Pelaporan
Program j-QAF menggunakan data yang dikumpul dari data kutipan Jun 2015.
Penyelaras Data Sekolah perlu menukar bulan Kutipan dari Jun ke Oktober sebelum
mengisi Data bulan Oktober.
d.Untuk kutipan data bulan
Oktober, semua model perlu diisi kecuali model PAFA.
e.Sila membuat semakan kepada Maklumat Guru agar ia adalah maklumat terkini terutama Opsyen Guru.
2.PENGUMPULAN DAN
PENGABUNGAN DATA OKTOBER 2015
a.Penyelaras Data Sekolah dan Jurulatih Daerah perlu mengasingkan
data murid Perdana dan murid Pendidikan Khas (Kelas PPKI dan SKPK) sewaktu
pengumpulan data dari peringkat sekolah dan daerah.
b.Data Pendidikan Khas akan
diserahkan kepada Jurulatih Utama Pendidikan Khas di peringkat Kebangsaan.
3.BAHAN BANTUAN TEKNIKAL BERKENAAN SISTEM ePELAPORAN TERKINI
a.Kepada semua pengguna sistem boleh mendapatkan Manual Pengguna Sistem yang terkini di ruangan Muat Turun, selain boleh mendapatkan bantuan di ruangan Bantuan Teknikal.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Jurulatih Daerah masing-masing.
Makluman dari
JUK ePEPLAPORAN PROGRAM j-QAF
Makluman dari
JUK ePEPLAPORAN PROGRAM j-QAF
RALAT PADA STATUS PEMULIHAN OKTOBER 2015. MEMANG TAK ADA RUANGAN UNTUK STATUS PEMULIHAN OKTOBER. JUN ADA AAAAA.
BalasPadamMengarut sistem ni...setiap kali isi macam haram...
BalasPadam