Tool untuk Pengumpulan Data ePelaporan Kutipan Jun 2018

Mohon semua baca dengan teliti dan fahami maklumat berikut.

Nama Aplikasi : (sila klik link di bawah untuk muat turun)
VERIFY TOOLS SISTEM ePELAPORAN PROGRAM jQAF v1

Digunakan oleh :
- PDS Perdana
- PDS Khas
- JU Daerah
- JU Negeri
- JU Kebangsaan

Fungsi Aplikasi :
- mengesan KETAKSAMAAN ENROLMEN MURID YANG TERLIBAT dan TIDAK TERLIBAT dengan Program j-QAF
- mengesan DATA TEMBUNG GURU (ejaan nama sama)
- mengesan DATA TEMBUNG MURID (MyKID sama)
- mengesan DATA TEMBUNG MURID (ejaan nama sama)

Bila aplikasi ini digunakan ? :
Setelah selesai mengemaskini data ePelaporan dan UD/KCJ, eksport data txt file. Gunakan txt file berkenaan untuk diimport gabung ke dalam aplikasi Verify Tools ini.

Apa data yang diperlukan ? :
Data ePelaporan (3 txt file)
- JQAFSekolah
- JQAFGuru
- JQAFMurid
Data UD/KCJ (1 txt file)
- KCJMurid

Arahan Aplikasi :
Setelah install aplikasi, sila login aplikasi berkenaan, pada paparan awal, telah saya senaraikan KERJA BUAT yang WAJIB dipatuhi. Sila baca dan fahami serta akur dengan semua tindakan kerja buat agar tidak berlaku sebarang masalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kaedah Mencetak Sijil Pada Sistem e-Pelaporan Program jQAF

Panduan Pengisian Model Khatam