Terkini: Perubahan Jadual Pengurusan Data Portal E-JQAF

MAKLUMAN TERKINI DAN SANGAT PENTING

Portal e-jQAF (https://www.epelaporanbpi.edu.my/) akan ditutup untuk PDS dan JUD pada 24 Oktober 2018 untuk tujuan Penjanaan ID Pengesah 1 (Ketua Panitia) dan Pengesah 2 (Guru Besar). Portal akan kembali dibuka kepada PDS SAHAJA semula pada 26  hingga 28 Oktober 2018 untuk membolehkan Sekolah (Pengesah 1 dan 2) mengesahkan data pencapaian Program jQAF sekolah masing-masing. Tempoh pengesahan oleh sekolah diberikan 4 hari bagi memberi ruang kepada sekolah di samping mengurangkan tekanan sekolah untuk mengesahkan data pencapaian Program jQAF sekolah masing-masing.

Portal akan DITUTUP SEPENUHNYA PADA 29 - 31 OKT 2018 untuk Bengkel Verifikasi Kebangsaan. Portal akan kembali DIBUKA SEPENUHNYA semula pada 6 NOV 2018 (Selasa) untuk muat turun data bagi tujuan Analisis Pencapaian Sebenar dan Selaras.

PANDUAN PANTAS PORTAL e-jQAF UNTUK  JU NEGERI

Melihat Data Kad Pengenalan (KP) MURID Tembung
- Login JU Negeri > Verifikasi Data > Maklumat Murid & Profil Pencapaian Program
- Bahagian bawah sebelah kiri (Utilities)

Melihat Data Kad Pengenalan (KP) GURU Tembung
- Login JU Negeri > Verifikasi Data > Data Maklumat Guru
- Bahagian bawah sebelah kiri (Utilities)
- Sila hubungi sekolah yang terlibat untuk mengenal pasti secara tepat keberadaan guru berkenaan.
- Tugas menghubungi sekolah di bawah tanggungjawab Pen. Pengarah j-QAF Negeri

Melihat Data PPD yang SUDAH dan BELUM Upload Data Daerah
- Login JU Negeri > Verifikasi Data > Semakan Data Upload

Melihat Data Sekolah
- Login JU Negeri > Verifikasi Data > Semakan Data TXT
- Filter Sekolah mengikut daerah /  Jenis Sekolah / Status Aliran

MAKLUMAN PENTING DAN TERKINI

* Portal e-jQAF akan sentiasa dibuka kepada JU Negeri sehingga 28 Oktober 2018 bagi membolehkan JU Negeri melaksanakan tugasan berikut :

- memastikan semua PPD dah upload DATA PERDANA
- memastikan semua PPD dah upload DATA KHAS
- memastikan KP Tembung Murid dihapuskan

Arahan
Unit Pendidikan Islam Rendah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Panduan Pengisian Model Khatam

Kaedah Mencetak Sijil Pada Sistem e-Pelaporan Program jQAF