Pengenalan
Sistem
e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF merupakan evolusi penambahbaikan Sistem
e-Pelaporan Program j-QAF yang telah digunakan untuk menganalisis pencapaian model-model
Program j-QAF sejak tahun 2007 hingga 2013.
Sistem yang baru ini mempunyai pelbagai fungsi yang
disepadukan dalam satu sistem seperti berikut :
a. Menganalisis pencapaian
model-model Program j-QAF
b. Pangkalan data Program
j-QAF merangkumi data guru, murid, kelas dan sekolah.
c. Pelaporan Pelaksanaan
Pemantauan Program j-QAF peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
d. dan Terkini Pelaporan
Program Perkara Asas fardu Ain (PAFA) Sekolah Rendah.
Sistem
ini dibangunkan oleh barisan Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF menggunakan
platform Microsoft Access 2007 dengan mengambil kira keperluan pengguna di
semua peringkat; Sekolah, PPD, JPN dan KPM.
Ulasan
Catat Ulasan